Menerusi satu kajian yang dijalankan pihak berkuasa Indonesia, hampir kesemua penduduk di kepulauan Jawa kini sudah mempunyai antibodi menetang virus COVID-19.
Menurut pakar epidemiologi di Universiti Indonesia, Pandu Riono berkata, ia adalah berikutan hasil daripada program vaksinasi dan juga kadar jangkitan tinggi sebelum ini.
.
Kajian itu dilakukan pada Mac lalu, melibatkan 2,100 responden dengan keputusan 99.2 peratus daripadanya mempunyai antibodi COVID-19, iaitu peningkatan enam peratus berbanding kaji selidik yang dilakukan pada Disember tahun lalu.
.
Malah, kes baharu COVID-19 di negara ini menurun dengan mendadak sejak kemuncak pada Februari lalu berikutan penularan varian Omicron.
.
Jelas Pandu, tahap antibodi yang kuat secara tidak langsung menunjukkan kadar jangkitan menurun dengan cepat di Indonesia.
.
Ekoran itu juga, Indonesia kini sudah mula melonggarkan sebahagian daripada sekatan pandemik, termasuk menarik balik peraturan kuarantin kepada pengembara antarabangsa dan membenarkan mudik lebaran pada Aidilfitri tahun ini.
.
Sumber: [1]