96 Peratus Berjaya Tidur Dengan Pantas Guna Tips Ini

Tidur merupakan aktiviti semulajadi yang mana tubuh badan berada dalam keadaan rehat. Pun begitu, ramai antara kita yang mungkin mempunyai kesukaran untuk tidur, hingga menggangu kehidupan harian.

96 peratus berjaya tidur dengan pantas guna tips ini

Pelbagai cara telah dilakukan seperti minum susu, membaca buku dan lain-lain untuk membuatkan diri sendiri tidur, namun seakan tidak berjaya.

 

Menurut satu video yang tular di Tiktok, terdapat satu kaedah yang boleh membantu seseorang itu tidur dengan pantas, dengan sehingga 96 peratus mereka yang menggunakan cara ini berjaya untuk lena.

96 peratus berjaya tidur dengan pantas guna tips ini

Jurulatih kecergasan, Justin Agustin berkata, teknik itu hanya memerlukan kira-kira 2 minit dalam keadaan tubuh sedang berehat dan bersedia untuk tidur.

 

“Rehatkan mata, pipi dan rahang anda untuk bernafas dengan tenang. Pastikan bahu anda tidak berada dalam keadaan tertekan. Letakkan tangan pada kedua-dua belah sisi badan dalam keadaan berbaring.

“Bayangkan perkara yang tenang bermula dari kepala dan turun ke jari.

“Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan, lapangkan dada, perut dan turun ke pinggang, lutut dan kaki,” ujarnya.

 

Dalam keadaan ini, Agustin berkata ketika ini kita perlulah kosongkan minda dan tidak berfikir apa-apa. Ia dapat membantu seseorang untuk tidur dengan pantas.

 

Terdapat juga cadangan lain yang dikatakan boleh membantu seseorang tidur iaitu teknik paradoxical songsang, yang mana kita ‘menipu’ tubuh badan dengan berfikir untuk tidak mahu tidur. Tubuh badan secara amnya akan melakukan perkara yang bertentangan dengan fikiran. Maka dari situ, kita akan tidur dengan mudahnya.

96 peratus berjaya tidur dengan pantas guna tips ini

Selain itu, tidur dengan posisi mengiring juga sangat baik untuk membantu seseorang tidur pada waktu malam kerana tubuh badan berada dalam keadaan baik dan rileks pada posisi ini.

96 peratus berjaya tidur dengan pantas guna tips ini

Tambah lagi, teknik pernafasan 4-7-8 juga boleh membantu seseorang untuk tidur dengan pantas. 4 adalah tarik nafas untuk 4 saat, 7 pula tahan nafas selama 7 saat dan 8 saat untuk hembuskan nafas. Ulang kiraan ini hingga anda tertidur.

 

Sumber: [1]