83 Juta Dijangka Hilang Pekerjaan Gara-Gara Kemunculan AI

Menurut laporan terkini dari Forum Ekonomi Dunia (WEF), dalam tempoh lima tahun akan datang, pasaran pekerjaan akan mengalami gangguan yang besar akibat penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan keadaan ekonomi global yang semakin buruk.

83 juta dijangka hilang pekerjaan gara-gara kemunculan ai

Dijangka kira-kira 83 juta pekerjaan akan hilang dan hanya 69 juta pekerjaan yang akan dicipta menjelang tahun 2027. Hal ini membawa kepada kerugian bersih sebanyak 14 juta pekerjaan yang mewakili dua peratus daripada pekerjaan semasa.

 

Lebih kurang satu perempat pekerja dijangka akan bertukar kerja terutamanya disebabkan oleh kemunculan teknologi baharu.

83 juta dijangka hilang pekerjaan gara-gara kemunculan ai

Penggunaan teknologi baharu juga akan memberi kesan pada pekerjaan secara langsung apabila robot menggantikan manusia dalam beberapa keadaan.

 

Terdapat juga risiko besar kepada kehilangan pekerjaan seperti disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan, kekurangan bekalan, dan juga inflasi.

 

WEF juga menjangkakan bahawa pada 2027, 26 juta pekerjaan penyimpanan rekod dan pentadbiran akan terjejas akibat penggunaan AI.

 

Pada tahun 2020, majikan menjangkakan 47 peratus pekerjaan akan diautomasikan menjelang tahun 2025, namun kini angka itu telah dikurangkan kepada 42 peratus menjelang tahun 2027.

 

Sumber: HMetro