76 Tahun Tersimpan, Surat Yang Diutus Ketika Perang Dunia Kedua Ini Akhirnya Terkirim Juga

Teknologi sememangnya telah memudahkan pelbagai perkara dalam kehidupan dan salah satunya termasuklah komunikasi.

76 tahun tersimpan, surat yang diutus ketika perang dunia kedua ini akhirnya terkirim juga

Tidak seperti dengan zaman serba moden sekarang, orang ramai di dahulu kala bergantung pada kemudahan surat-menyurat untuk terus berhubung antara satu sama lain dan ini termasuklah Sarjan Tentera Amerika Syarikat, John Gonsalves yang mana sekeping surat yang diutus untuk ibunya tersekat selama 76 tahun.

John Gonsalves menghantar surat kepada ibunya ketika Perang Dunia Kedua, iaitu tepat pada 6 Disember 1945 ketika beliau sedang berkhidmat di Jerman.

Pada ketika itu, surat merupakan satu-satunya perantara yang dia punya untuk berkomunikasi dengan keluarganya.

76 tahun tersimpan, surat yang diutus ketika perang dunia kedua ini akhirnya terkirim juga

Namun siapa sangka, nasib surat itu berkata sebaliknya, apabila sang penerima tidak sempat untuk menerimanya hingga kini manakala pengirimnya pula sudah tiada di dunia.

Ia kemudian tiba pada tangan isteri pengirim pada penghujung 2021.

“Bayangkan sahaja! 76 tahun,” kata isteri Sarjan Gonsalves, iaitu Angelina Gonsalves.

Surat yang telah berjaya dihantar menggunakan Perkhidmatan Penghantaran Mel Amerika Syarikat itu diutus oleh Sarjan Gonsalves ketika mendiang masih berusia 22 tahun dan ketika berkhidmat di Jerman.

Surat yang diterima isterinya itu cukup memeranjatkan dan membuatkan Angelina Gonsalves terharu.

76 tahun tersimpan, surat yang diutus ketika perang dunia kedua ini akhirnya terkirim juga

Manakan tidak, suaminya telah meninggal dunia pada 2015.

Tertulis pada surat itu, “Sayang, Puan. Saya menerima surat lain daripada anda hari ini dan gembira mendengar bahawa semuanya baik-baik saja. Bagi diri saya sendiri, saya sihat dan bergaul dengan baik.

“Tetapi setakat ini makanan agak teruk pada kebanyakan masa. Cinta dan sayang, Johnny anak awak. Saya akan jumpa awak tidak lama lagi, saya harap.”

Surat yang dihantar oleh Sarjan Gonsalves itu dikatakan telah ditangguhkan semasa penghantaran, walaupun puncanya masih tidak jelas sehingga ia tiba-tiba di pusat perkhidmatan mel di Pittsburgh, Amerika Syarikat.

Mengetahui kisah dan surat yang dihantar itu, Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat berasa dukacita atas kehilangan Sarjan Gonsalves dan ibunya.

Puan Gonsalves, yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-90 turut berterima kasih kepada pihak perkhidmatan terbabit kerana menyampaikan surat itu walaupun selepas 76 tahun.

Dia menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang baik dan disayangi ramai.

 

Sumber: [1]