Menerusi satu tinjauan yang dijalankan di 43 bandar, Singapura merupakan antara negara teratas dengan penduduk yang paling kurang tidur.
Ditambah pula dengan pandemik COVID-19 ketika ini, penduduk di negara jiran kepada Malaysia ini menduduki tangga keempat dengan penduduk paling kurang tidur, selepas Jepun, Amerika Syarikat dan Britain.
Menerusi kajian tidur global terkini pada 2021 yang dijalankan oleh Philips, data tersebut diperoleh terhadap 13,000 orang dewasa dari 13 negara yang mana 1,000 daripadanya berasal dari Singapura.
Hakikatnya, hampir 60 peratus penduduk Singapura tidak memiliki tidur lena dan mencukupi kerana terjejas secara langsung akibat pandemik. Secara nisbahnya, 6 daripada 10 penduduk negara itu tidak cukup tidur sejak terjadinya COVID-19 tahun lalu.
Lebih sepertiga lagi mengalami kesan negatif pada paras stres mereka, keupayaan untuk tidur lena, kesihatan mental dan emosi, serta rutin tidur dan pekerjaan.
Secara purata, rakyat di Singapura tidur selama 6.8 jam setiam malam, berbanding tujuh jam purata pada tahun lalu.
Sumber: Channel News Asia