COVID-19: Enam Pesakit Meninggal Dunia Setiap Jam Di Haryana, India

Sekurangnya enam pesakit COVID-19 dilaporkan meninggal dunia setiap jam di Haryana, India, seperti tinjauan oleh jabatan kesihatan negeri tersebut.

covid-19: enam pesakit meninggal dunia setiap jam di haryana, india

Haryana merupakan salah satu negeri di India yang melaporkan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 yang dicatatkan dalam tempoh 1 hingga 11 Mei lalu, dengan 1,694 penduduk dijangkiti wabak tersebut.

 

Malah, Haryana mencatatkan jumlah kes harian COVID-19 tertinggi iaitu lebih 12,000 sepanjang tempoh tersebut.

covid-19: enam pesakit meninggal dunia setiap jam di haryana, india

Sebanyak 62 peratus pesakit COVID-19 berasal dari kawasan bandar, manakala selebihnya membabitkan kawasan kampung.

 

Tambah lagi, sebanyak 152,274 kes baru dicatatkan di negeri itu dari 1 hingga 11 Mei dengan 4,216 kes kematian dilaporkan di Haryana setakat 30 April yang lalu.

 

Sumber: [1]