Enam Koleksi Kereta Kawalan Jauh Epik Khas Buat Pencinta Star Wars™

Khas buat pencinta dan peminat Star Wars™, anda kini boleh mendapatkan koleksi kereta kawalan jauh ekslusif Star Wars™ yang pertama seumpamanya di dunia.

enam koleksi kereta kawalan jauh epik khas buat pencinta star wars™

Hasil kerjasama The Walt Disney Company Southeast Asia dan Shell Malaysia, kereta kawalan jauh ini diinspirasikan daripada watak terkenal Star Wars™ dengan enam jenis kereta kawalan jauh iaitu Darth Vader Racer, Stormtrooper Racer, Darth Maul Racer, The Mandalorian Racer, Boba Fett Racer dan BB-8 Racer.

 

Menariknya, kereta kawalan jauh ini boleh dikawal menerusi sambungan Blutooth dan bateri pintar daripada Koleksi Shell Motosports tahun lalu. Dengan Shell Racing app yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store atau Google Play, pelanggan boleh menikmati pengalaman unik perlumbaan bertemakan galaksi yang mendebarkan.

enam koleksi kereta kawalan jauh epik khas buat pencinta star wars™

Bermula hari ini (6 Oktober) sehingga 19 November, satu model kereta kawalan jauh Bluetooth edisi terhad ini akan dikeluarkan setiap minggu, ekslusif di stesen minyak Shell di seluruh negara. Star Wars™ Racer kecuali Darth Vader Race boleh dibeli dengan harga RM49.90 dengan setiap pembelian bahan api minimun RM50 dalam satu resit untuk Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing. Manakala bateri Bluetooth pula boleh didapati pada harga RM30 dengan pembelian bahan api minimum, sama seperti pembelian model kereta.

 

Manakala Darth Vader Racer boleh didapati secara percuma dengan pembelian Shell Helix Ultra/Power 4L.

enam koleksi kereta kawalan jauh epik khas buat pencinta star wars™

Tunggu apa lagi, jom dapatkan sekarang!