6 Juta Terhibur Dengan Telatah Seekor Monyet Potong Sayur

6 juta terhibur dengan telatah seekor monyet potong sayur

Memandangkan kebanyakkan negara telah mengeluarkan perintah berada di dalam rumah, maka muncul lah video-video yang menghiburkan. Bagus juga sebenarnya, sekurang-kurangnya tak ada lah kita semua stress berada di dalam rumah. Ada juga bahan untuk dibuat gelak ketawa.

Sekiranya anda memerlukan bahan untuk menceriakan sepanjang anda berada di dalam rumah ni, apa kata anda check out satu akaun TikTok @gaitlyn.rae. Kalau akaun TikTok lain menunjukkan haiwan peliharaan seperti kucing, akaun ni pula menunjukkan haiwan peliharaannya iaitu seekor monyet.

Salah satu video daripada akaun tersebut telah mencapai 6.9 juta tontonan. Video tersebut menunjukkan monyet tersebut membantu tuannya memotong sayur. Ramai yang terhibur dengan telatah haiwan tersebut.

@gaitlyn.rae

Moms best helper! Helping snap green beans! ##gaitlynrae ##greenbeans ##helper ##working ##gardner ##teamwork ##capuchin ##snap ##mamagirl ##asmr ##cook ##chef

♬ original sound - Gaitlyn Rae

Sehingga artikel ini ditulis, akaun tersebut telah pun mempunyai 7.5 juta pengikut dan mendapat 87.9 juta likes. Perghhhh! Video-video yang dimuat naik pun memang menghiburkan hati. Jadi, kalau korang tak tahu nak buat apa dekat rumah tu, boleh lah tengok akaun TikTok ni.

Sumber: @gaitlyn.rae.