50 Peratus Pesakit COVID-19 Tidak Bergejala Ketika Dikesan Positif- Kajian

50 peratus pesakit covid-19 tidak bergejala ketika dikesan positif- kajian

Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) telah mendapati bahawa 50.2% pesakit COVID-19 tidak mempunyai gejala seewaktu dikesan positif.

Kajian tersebut telah melibatkan 5,899 pesakit. Daripada jumlah itu, 1.1% berada dalam keadaan tenat saat dikesan positif akan virus tersebut. Selain itu, 31.6% daripada jumlah pesakit yang terlibat dalam kajian ini mempunyai gejala tapi tidak mengalami radang paru-paru.

Jadi, kepada anda semua pakaila pelitup muka di tempat terbuka seperti di tempat awam. Jangan keluar sekiranya tidak ada sebarang urusan dan amalkan kebersihan pada tahap maksima.

 

 

Sumber: Twitter KKM