5 Tahun Tinggalkan The Return of Superman, Choo Sung Hoon Kongsi Perkembangan Sarang

Baru-baru ini, pejuang MMA dan altet judo yang juga pernah menjadi bintang The Return of Superman bersama anaknya, Choo Sarang, tampil sebagai tetamu dalam program My Little Old Boy.

5 tahun tinggalkan the return of superman, choo sung hoon kongsi perkembangan sarang

Dalam program terbabit, Choo Sung Hoon yang meninggalkan The Return of Superman berkongsi perkembangan mengenai anaknya itu yang kini berusia 11 tahun dalam usia Korea.

“Apabila orang melihat saya, mereka biasanya bertanya tentang Sarang dahulu,” katanya.

Seo Jang Hoon kemudian ditanya sekiranya anak perempuannya itu tahu bahawa dia adalah seorang ahli bela diri campuran peringkat global yang mana jawabnya, “Dia tidak tahu mengenainya, tetapi dia tahu bahawa saya seorang pejuang. Saya memberitahunya baru-baru ini bahawa saya terlibat dengan satu perlawanan. Tetapi apabila saya melihat wajahnya, ia bukan ekspresi gembira.

“Dia memberitahu saya dia tidak suka melihat ayahnya dipukul. Dia tidak mahu masuk ke dunia persaingan,” katanya.

Walaupun berketurunan Korea, keluarga Choo Sung Hoon telah menetap di Jepun selama beberapa generasi dan memegang kewarganegaraan Jepun.

Choo Sung Hoon yang berkahwin dengan model terkenal Jepun, Yano Shiho kini tinggal di Hawaii bersama isteri dan anak perempuannya itu.

 

Sumber: [1]