5 Fakta Tentang Rumah Yang Dikatakan Termahal Di Dunia

5 fakta tentang rumah yang dikatakan termahal di dunia

Korang agak-agak, dekat mana terletaknya rumah termahal di dunia?

Jawapannya adalah di, India!

Ya, rumah termahal di dunia dengan keluasan seluas 40,000 kaki persegi terletak di Selatan Mumbai, India. Kalau korang tengok rumah ni memang jaw-dropping lah dari segla segi.

Jadi, kami nak kongsikan dengan korang 5 fakta menarik tentang rumah yang diberi nama Antilia.

1. Antilia merupakan sebuah nama yang diambil dari pulau yang penuh misteri dan berada di Lautan Atlantik.

2. Rumah ni ada spa kesihatan, salon kecantikan, sebuah ballroom, tiga kolam renang, studio menari dan yoga.

3. Rumah ni ada wayang peribadi di mana boleh memuatkan 50 orang dalam satu masa.

4. Rumah ini juga mempunyai tiga helipad pada bumbung.

5. Rumah ini juga mempunyai sembilan lift yang mengasingkan antara keluarga Ambani iaitu pemilik rumah ini dengan tetamu.

Perghhhh!

Sumber: Business Today