5 Benda Viral Sepanjang Perintah Kawalan Pergerekan (PKP)

5 benda viral sepanjang perintah kawalan pergerekan (pkp)

18 Mac merupakan detik yang bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia apabila pihak kerajaan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19 yang serius ini. Semua orang harus menjalani hidup norma baharu dengan memakai topeng muka, jaga jarak dan sentiasa mencuci tangan dan hand sanitizer.

 

Walaupun banyak insiden yang telah berlaku semasa PKP tetapi ia meninggalkan memori yang tidak akan dilupakan. Pelbagai perkara yang tidak disangka yang menjadi viral dan popular. Biasa la orang Malaysia memang cepat viralkan sesuatu.

 

Berikut adalah 5 Benda yang viral sepanjang PKP

 

Roti gardenia

Salah satunya adalah roti gardenia. Orang ramai berebut-rebut beli roti gardenia sampai laris jualannya. Roti gardenia merupakan makanan yang agak poluar awal PKP. Terus jadi famous abang roti gardenia ataupun lori gardenia

 

Dalgona Coffee

Ia merupakan sejenis kopi dengan resepi asli dari Korea. Dalgona ialah gula-gula tradisional masyarakat Korea. Dalgona coffee ini sangat viral semasa PKP. Semua orang pasti buat sendiri di rumah dan post di laman social.

 

Semua orang nak jadi chef

Disebabkan terlalu lama dirumah, ada bagusnya juga sebab dah ramai yang mula memasak. Semua orang nak jadi chef walaupun ada sesetengah masakan tak jadi.

 

Sudah mula meminati pokok

Ramai juga yang tiba-tiba sukakan pokok, bukan main beli tanaman sebab tengok orang lain pun beli pokok dan letak dirumah. Tak rugi tau berbakti pada tanah ni.

 

Trend Ke sana ke sini

Satu benda yang palin viral semestinya "ke sana, ke sini". Ayat ni digunakan oleh Perdana Menteri sewaktu satu sidang media. Tiba-tiba ayat tersebut menjadi viral apabila ramai yang melakukan video parodi. Perkara tersebut juga mendapat perhatian Perdana Menteri dan beliau memberikan reaksi yang positif dan memuji kemahiran kreatif yang ada pada rakyat Malaysia

Bagus la rakyat Malaysia ni, busy dengan aktiviti yang bermanfaat. Kita patut bersyukur kerana rakyat Malaysia terus berada dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Masing-masing memainkan peranan sendiri sehingga lah Berjaya mengurangkan penularan COVID-19.  

 

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: Khalie Azmi