432 Kes Positif COVID-19 Dalam Masa Sehari, Kita Perlu Ambil Serius Dan Lawan Virus Ini!

432 kes positif covid-19 dalam masa sehari, kita perlu ambil serius dan lawan virus ini!

5 Oktober telah mencatatkan kes positif COVID-19 paling tinggi dalam sejarah negara kita. Dengan penambahan sebanyak 432 kes baharu, secara keseluruhannya Malaysia telah mencatatkan 12,813 kes positif.

Jumlah ini sangat menggusarkan ramai pihak. Jadi, kita semua harus terus dan sentiasa berwaspada dalam menjalankan aktivit harian.

Teruskan menjaga penjarakan fizikal, elakkan daripada bersentuhan orang lain sama dan jaga kebersihan sebaik mungkin. Jangan berada di tempat awam sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil, elakkan membawa mereka ke tempat terbuka dan ramai orang. Seeloknya teruskan berada di dalam rumah supaya risiko terkena virus ini dapat dikurangkan.

Untuk mereka yang terpaksa berada di tempat awam dan dalam kesesakan, jaga kebersihan semaksimumnya. Pulang sahaja ke rumah, bersihkan badan dan pakaian terlebih dahulu. Selepas itu baru lah bertemu ahli keluarga.