431 Calon Tak Dapat Hadir Jawab Kertas SPM Gara-Gara Banjir Teruk

Seramai 431 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 tidak dapat menghadirkan diri ke pusat peperiksaan yang dijadualkan akibat daripada banjir yang melanda beberapa daerah di Malaysia.

431 calon tak dapat hadir jawab kertas spm gara-gara banjir teruk

Ekoran itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan membuat penjadualan semula peperiksaan SPM bagi kesemua calon itu dan kini pihak Lembaga Peperiksaan sedang mengumpulkan maklumat mengenai calon terlibat.

 

"Penjadualan semula peperiksaan akan dilaksanakan bagi calon berkenaan setelah mendapat pengesahan Pengarah Pendidikan Negeri," kata KPM.

 

Hujan lebat berterusan sejak Isnin telah menyebabkan 17 pusat peperiksaan di Johor, Pahang dan Sarawak terjejas, yang mana tujuh daripada pusat peperiksaan terbabit tidak dapat dibuka kerana terputus hubungan serta jalan raya tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.

431 calon tak dapat hadir jawab kertas spm gara-gara banjir teruk

Di Johor dan Pahang seramai 195 calon SPM terkesan dengan banjir, namun berjaya digerakkan ke pusat peperiksaan berhampiran untuk menduduki peperiksaan.

 

Pengedalian peperiksaan SPM tahun 2022 dalam situasi banjir adalah berpandukan kepada Pekeliling Persediaan Menghadapi Banjir yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan (Operasi Payung) Bil.1/2001.

 

Sumber: Astro AWANI