4 Sebab Kenapa Korang Wajib Tengok Manap Karaoke

4 sebab kenapa korang wajib tengok manap karaoke

Pengarah filem terkenal Mamat Khalid telah mengeluarkan satu lagi filem arahannya bertajuk Manap Karaoke. Filem ini menjadi filem Malaysia pertama yang akan dibawa terus ke pawagam rumah korang semua melalui Astro First.

Jadi, selepas kami berkesempatan untuk menonton filem Manap Karaoke maka kami nak kongsikan dengan korang semua 4 sebab untuk korang tonton filem ini.

1. Sebuah filem lucu yang sesuai ditontol seisi keluarga

Seperti biasalah, Mamat Khalid memang terkenal dengan filem-filem bergenre humour. Manap Karaoke ni pun pasti akan membuatkan korang ketawa. Filem ini juga sangatah santai dan sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

2. Ada pelbagai hidden message

Selain daripada lucu, hidden message juga antara trademark Mamat Khalid dalam menghasilkan sesebuah filem. Walaupun filem Manap Karaoke ni santai dan lucu tapi ada pelbagai mesej yang tersembunyi yang nak disampaikan oleh Mamat Khalid dalam filem ni.

4 sebab kenapa korang wajib tengok manap karaoke

3. Filem yang akan mengembalikan nostalgia

Manap Karaoke akan membawa korang semua ke zaman kegemilangan muzik tahun 90an. Filem ini banyak memainkan lagu-lagu yang terkenal pada zaman dahulu tapi kekal evergreen sehingga sekarang.

4. RM 15 boleh tengok selama dua hari di rumah

Paling penting, harga untuk sewa Manap Karaoke ni hanyalah RM15. Kemudian, korang dapat tengok filem ni selama 48 jam dari rumah korang. Jadi, jangan lupa untuk saksikan Manap Karaoke di saluran Astro First!