Bersempena Hari Malaysia, kami nak senaraikan empat ikon negara yang telah berjuang dengan cara tersendiri. Mereka ini telah menyumbang bakti dalam bidang mereka sendiri sewaktu COVID-19 melanda negara.
Jadi, kami senaraikan empat ikon negara yang wajar dijadikan sebagai contoh dan pedoman kepada orang lain:
1. Cikgu Faridah Matt, Cikgu Green Scree
Cikgu Faridah merupakan seorang guru Kimia di SMK Derma, Perlis. Sewaktu COVID-19 yang lalu beliau telah meneroka bidang teknologi dengan membina studio dan skrin hijau dengan sendiri. Tekadnya Cuma satu iaitu mendidik anak bangsa agar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Kisahnya menjadi viral dan telah mendapat perhatian ramai.
2. Nadzmi Roslee, Cabin Crew Ke Wuhan
Ketika Wuhan berada pada tahap kritikal akibat COVID-19, sebuah syarikat penerbangan telah mengambil inisiatif menyelamatkan rakyat Malaysia di sana. Dengan semangat suka membantu orang lain, Nadzmi terus meletakkan dirinya dalam misi tersebut biarpun ketika itu isterinya sedang mengandung. Tidak mudah untuk seseorang yang sudah berkeluarga untuk berkorban demi negara dan menuju ke tempat yang semestinya sangat berbahaya. Jadi, kisah Nadzmi ini seharusnya menjadi contoh kepada kita semua.
3. Firdaus Azil, Wartawan Astro Awani
Menjadi seorang wartawan bukanlah satu kerja yang mudah. Ini kerana mereka harus turun ke lapangan dan memastikan segala berita yang disampaikan tepat dan benar. Firdaus Azil, antara seorang wartawan yang telah turun ke lapangan sepanjang COVID-19 dan terus berkhidmat biarpun dalam suasana yang tidak selamat.
4. Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Tidak sah jika nama ini tidak tersenarai sebagai ikon negara. Sepanjang COVID-19, Tan Sri Dr Noor Hisham telah menjadi figura yang mewakili seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia. Jasa beliau bukan sahaja menarik perhatian warganegara malah dunia apabila beliau tersenarai di antara tiga doktor terbaik dunia dalam mengendalikan COVID-19. Atas jasa itu juga, beliau telah menerima tokoh Maal Hijrah dan juga pingat yang membawa gelaran Tan Sri.
Kisah perjuangan dan ikon ini kami dedikasikan dalam SYOK Unsung Hero. Jika korang ingin mendengar perkongsian tentang mereka, download aplikasi SYOK dan saksikan video penuh SYOK Unsung Hero di sana. SYOK Unsung Hero akan dikeluarkan pada setiap hari Jumaat jam 3 petang. Untuk Firdaus Azil akan dikeluarkan pada 18 September dan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pula akan disirkan pada 25 September ini.