Sebanyak 4.18 bilion jumlah suntikan vaksin COVID-19 telah diberikan di seluruh dunia setakat Isnin, dalam usaha mencegah penularan wabak berkenaan.
Memetik data dari Our World in Data, negara China mendahului senarai dengan lebih 1.67 bilion suntikan, diikuti India dan Amerika Syarikat, masing-masing 472.22 juta dan 346.46 juta.
Brazil pula sudah memberikan hampir 142.5 juta dos vaksin kepada rakyatnya, manakala Jerman mencatat 92.05 juta suntikan vaksin. Jepun dan United Kingdom pula masing-masing 87.38 juta dos vaksin dan 85.2 juta dos.
Setakat 1 Ogos juga, sebanyak 21,200,473 dos diberikan kepada rakyat dan mereka yang berada di Malaysia, yang mana ia melibatkan pemberian vaksin dos 1 dan juga dos 2. Perincian dos mengikut negeri adalah seperti dalam jadual dibawah:
Sumber: [1], [2]