3,500 Buah Kereta Terbakar Sekali Gus Dalam Kebakaran!

3,500 buah kereta terbakar sekali gus dalam kebakaran!

Satu kebakaran yang berlau di Lapangan Terbang Fort Myers di Florida, Amerika Syarikat telah menyebabkan 3,500 buah kereta sewa terbakar.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, kebakaran tersebut berjaya dikawal dan dipadam oleh anggota bomba dengan bantuan helikopter.

Dikatakan api mula muncul daripada tempat penyimpanan kenderaan sewa yang terletak berhampiran landasan kapal terbang.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan akan punca kejadian yang telah menyebabkan 15 ekar kawasan tersebut dijilat api.

Dalam perkembangan yang lain, sebuah rakaman video pasukan penyelamat sedang memadamkam kebakaran tular di lama sosial. Pasukan penyelamat tersebut adalah dari Unit Penerbangan Sheriff Charlotte County.

Buat masa ini pihak berkuasa tidak menerima sebarang laporan akan kecederaan atau kematian melibatkan kejadian itu.

Sumber: Astro Awani