3 Bahasa Tubuh Kucing Selalu Buat Tapi Manusia Ramai Tak Faham

Kucing secara umumnya mempunyai beberapa tingkah laku mereka tersendiri.

3 bahasa tubuh kucing selalu buat tapi manusia ramai tak faham

Kebanyakkan bahasa tubuh yang ditunjukkan kucing mungkin senang difahami, misalnya mengeow di bekas makanan sebagai tanda lapar, atau mengembangkan bulu tanda marah/takut.

 

Tetapi ada 3 bahasa tubuh ini yang sering disampaikan kucing tetapi kurang difahami ramai pemilik mereka.

 

#1 Tenung dan kelipkan mata secara perlahan-lahan

3 bahasa tubuh kucing selalu buat tapi manusia ramai tak faham

Jika kucing anda mengelipkan matanya secara perlahan-lahan, itu tandanya dia sedang cuba menarik perhatian anda. Kucing kemudian akan menghampiri anda secara perlahan dan menggeselkan kepala mereka.

 

Keadaan ini membawa maksud, kucing itu menganggap anda sebagai kawan yang dipercayai. Ia juga tanda ingin menyampaikan kasih sayang dan berasa selamat bersama anda.

 

#2 Angkat bulu, telinga dan mata

3 bahasa tubuh kucing selalu buat tapi manusia ramai tak faham

Jika terjadi seperti ini, ia tanda si meow sedang marah dan tidak mahu didekati atau disentuh. Berikan ruang kepada mereka dan jangan sesekali cuba untuk memanjakan atau menenangkan kucing ketika ini, besar kemungkinan anda boleh dicakar atau digigit.

 

#3 Baring dan termenung

3 bahasa tubuh kucing selalu buat tapi manusia ramai tak faham

Kucing yang sedang duduk terbaring sambil matanya terbuka dengan sempit membawa maksud mereka sedang fokus dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Si meow mungkin sedang berkata, “Hey, saya tertarik dengan apa yang awak lakukan”

 

Tanpa anda sedar, anda mungkin telah mengecilkan hati si meow dengan tidak mempedulikan mereka yang sedang inginkan perhatian.

 

Sumber: [1], [2]