3 Kebaikan Makan Bawang Putih Mentah Yang Akan Buatkan Korang Teruja Nak Makan

3 kebaikan makan bawang putih mentah yang akan buatkan korang teruja nak makan

Pernah tak korang makan bawang putih mentah?

Kalau korang rasa macam tak logik dan tak patut, mai sini kitorang nak bagitau kebaikan makan bawang putih mentah.

1. Boleh mengurangkan tekanan darah tinggi

Bawang putih boleh mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang ada masalah darah tinggi. Ekstrak bawang putih mengurangkan tekanan darah dengan meningkatkan kalsium.

2. Ejen penuaan

Bawang putih meningkatkan pertumbuhan dan juga tempoh sel kulit. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sel kulit yang dirawat dengan bawang putih lebih siat daripada sel yang tidak dirawat.

Dalam bawang putih ada sejenis hormone yang dikenali sebagai cytokinin. Hormon ni lah yang menggalakan pertumbuhan sel dan melambatkan penuaan melalui kesan antioksida.

3) Mengawal kadar gula untuk pesakit diabetis

Menurut sesetengah pengkaji, bawang putih boleh mengurangkan rintangan insulin, kadar gula di dalam darah dan juga kolestrol dalam badan pesakit diabetis.

Haaa ni baru sikit. Sebenarnya, banyak lagi kebaikan makan bawang putih mentah ni. Tapi, kalau korang tak tahan boleh je campur dengan madu untuk kurangkan rasa pedas tu. Cuba lah!

Namun, semua kena ingat bahawa bawang putih ni bukannya boleh menyembuhkan 100 peratus penyakit yang ada. Jadi, jangan skip ubat yang doktor bagi tau!

Sumber: selfhacked.com