2PM Dijadualkan Buat Comeback Selepas 5 Tahun Mendiam

Kumpulan K-Pop 2PM dijadualkan bakal kembali dengan album terbaru sempena musim panas ini setelah hampir lima tahun mendiam diri.

2pm dijadualkan buat comeback selepas 5 tahun mendiam

Biarpun tarikh kemunculan semula mereka masih belum ditentukan, namun label JYP Entertainment mengesahkan berita tersebut.

Menerusi satu laporan yang dikeluarkan media tempatan, album tersebut akan mengandungi beberapa buah lagu yang ditulis sendiri oleh anggota kumpulan tersebut berserta lagu-lagu daripada penulis lain yang merangkumi pelbagai genre.

Kali terakhir 2PM mengeluarkan album mereka adalah pada September 2016 dengan karya keeenam mereka, berjudul Gentlemen’s Game.

Kesemua anggota 2PM kecuali Nichkhun yang berasal dari Thailand, telah menamatkan perkhidmatan ketenteraan mereka dengan Junho menjadi yang terakhir menyelesaikannya iaitu pada Mac lalu.

Dalam perkembangan lain, kesemua anggota kumpulan tersebut juga kini sibuk dengan aktiviti seni secara individu masing-masing.

Taecyeon memainkan watak penjahat dalam drama popular, Vincenzo manakala Junho pula dikhabarkan bakal memainkan watak dalam sebuah drama bersejarah yang akan ditayangkan pada musim gugur nanti.

Tidak ketinggalan, Nichkhun pula dikatakan akan menjalani penggambaran untuk sebuah filem tidak lama lagi.

 

Sumber: [1]