Ini Tips Kalau Anda Plan Nak Buat Open House Sempena Hari Raya

Musim perayaan selalu menjadi waktu yang istimewa untuk berkumpul dengan keluarga, saudara-mara dan teman-teman. Salah satu cara untuk merayakannya adalah dengan mengadakan rumah terbuka.

ini tips kalau anda plan nak buat open house sempena hari raya

Meskipun menganjurkan rumah terbuka boleh memenatkan tuan rumah, namun dengan beberapa tips yang tepat, anda boleh membuat open house anda menjadi mudah dan menyenangkan.

 

Berikut adalah beberapa tips untuk membuat rumah terbuka sempena musim perayaan:

 

Tentukan tarikh dan waktu yang tepat

ini tips kalau anda plan nak buat open house sempena hari raya

Jangan lupa untuk memilih tarikh dan waktu yang sesuai dengan jadual keluarga dan tetamu jemputan anda. Pilih waktu yang lapang agar tidak ada yang harus terburu-buru atau menunda kegiatan lain demi untuk hadir ke rumah terbuka anda itu. Seeleoknya, elak juga mengadakan waktu terbuka pada waktu malam.

 

Buat daftar tamu dan undangan

ini tips kalau anda plan nak buat open house sempena hari raya

Buatlah daftar tamu dengan cermat dan sebarkan undangan untuk memastikan semua orang memiliki waktu yang cukup untuk merencanakan kehadiran mereka. Kalau boleh, hantarkan juga link location rumah anda. Jangan lupa untuk kira jumlah tetamu yang dijemput supaya anda dapat menyiapkan makanan dan minuman secukupnya. Jika rumah anda ada pengawal keselamatan, maklumkan juga kepada pihak pengawal.

 

Persiapkan menu makanan dan minuman

ini tips kalau anda plan nak buat open house sempena hari raya

Tak lengkap open house tanda makanan dan minuman. Makanan dan minuman merupakan elemen penting dalam acara rumah terbuka. Pertimbangkan untuk menyajikan makanan yang mudah dimakan dan boleh disantap tanpa alat makan seperti nasi kotak, sandwich, kuih, atau snek ringan. Jangan lupa untuk menyediakan minuman, seperti teh, kopi, air, atau minuman ringan yang dapat diambil dengan mudah.

 

Dekorasi dan suasana

ini tips kalau anda plan nak buat open house sempena hari raya

Dekorasi boleh membuat acara anda menjadi lebih meriah dan menarik. Pilih dekorasi yang sesuai dengan tema acara anda, seperti hiasan ketupat dan lampu, sesuai dengan tema musim perayaan. Pasang muzik yang sesuai dan ciptakan suasana yang menyenangkan dan meriah. Elakkan juga menggunakan pembesar suara yang boleh menggangu perbualan tetamu.

 

Menyiapkan ruang tamu dan ruang makan

ini tips kalau anda plan nak buat open house sempena hari raya

Pastikan tetamu anda memiliki tempat yang nyaman untuk duduk dan bersantai serta makanan dan minuman yang cukup. Jangan lupa untuk menyiapkan juga tempat duduk tambahan. Buat meja makan yang cukup luas untuk menyajikan makanan dan minuman. Tempat buang sampah juga jangan dilupakan. Ia memudahkan tetamu anda mengemas kembali tempat makan selepas mereka selesai makan/minum.

 

Dengan mengikuti sedikit tips di atas, pasti open house raya anda akan lebih teratur dan menyenangkan. Pastikan anda merencanakan semuanya dengan cermat dan menjalankan acara dengan santai dan menyenangkan. Selamat ber-open house!