Rabu 22 Mac Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 2023

Tarikh melihat anak bulan Ramadan tahun ini telah ditetapkan pada petang, 22 Mac 2023, bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

rabu 22 mac tarikh lihat anak bulan ramadan 2023

Tempat melihat anak bulan juga ditetapkan di 29 lokasi terpilih seluruh negara, dengan kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

 

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen pada malam tersebut. Cerapan anak bulan pula akan dilaksanakan di 29 lokasi terpilih oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan.”

rabu 22 mac tarikh lihat anak bulan ramadan 2023

Antara 29 lokasi melihat anak bulan Ramadan adalah seperti:

 

Pontian Kecil (Johor)

Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka),

Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan)

Bukit Melawati (Kuala Selangor)

Bukit Jugra, Banting (Kuala Langat)

Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam

Pantai Pasir Panjang, mukim Pengkalan Baru, daerah Manjung (Perak) serta Pusat Falak Sheikh Tahir

Pantai Aceh (Pulau Pinang)

Kampung Pulau Sayak (Kedah)

Kuala Muda,

Pemandangan Indah (Pulau Langkawi)

Menara Alor Setar, Alor Setar (Kedah)

Bukit Besar (Kuala Terengganu)

Bukit Geliga (Kemaman)

Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA (Mukim Merang, Setiu, Terengganu)

Bukit Peraksi (Pasir Puteh)

Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram (Kuala Krai)

Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan

Esplanade Luak, (Miri)

Teluk Bandung (Kuching)

Tanjung Batu (Bintulu)

Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah)

Bukit Tanjung Batu (Nenasi)

Gunung Berincang (Cameron Highlands)

Bukit Pelindung, Kuantan

Tingkat 13 di Menara Universiti Malaysia Sabah

Kampus Antarabangsa Labuan (Menara Kuala Lumpur)

Pusat Konvensyen Antarabangsa

Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

 

Sumber: Kosmo! / Bernama