Hari Raya adalah hari dimana kita sanak saudara dapat bersua dan bermesra selepas sekian lama tidak berjumpa.
Sudah menjadi kebiasaan sebahagian daripada kita yang akan berasa ‘geram’ hingga bertindak mencium pipi apabila berjumpa dengan saudara yang baru sahaja melahirkan bayi atau mempunyai anak yang masih kecil dan comel.
Namun tahukah anda, tindakan itu adalah amat membahayakan kesihatan si kecil?
Tindakan membiarkan anak kecil dicium individu lain boleh menyebabkan si manja dijangkiti oleh virus yang ditularkan melalui air liur, hingga menyebabkan gejala seperti ruam kulit, demam, sakit kepala dan radang tekak.
Ketika orang sekeliling mencium bayi, tanpa kita sedari kuman daripada batuk, selesema dan demam boleh berpindah dari pembawa ke pipi atau bibir si manja. Kebiasaannya, si manja masih belum ada sistem ketahanan tubuh yang kuat seperti orang dewasa, menyebabkan mereka mudah diserang penyakit.
Antara lain, bayi boleh mengalami masalah sakit perut, muntah, diare, dan juga mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Untuk mengelakkan bayi anda daripada dicium dan menghidap penyakit berbahaya ini, anda boleh meletakkan bayi atau anak anda di riba atau berikan alasan yang anda ingin memberikan susu kepadanya. Sekurangnya mencegah lebih baik daripada merawat kan?
Sumber: The Asian Parent