Masa Hari Raya, Dengan Siapa Kita Boleh dan Haram Bersalam?

Hari raya menjadi antara hari kita sanak saudara berkumpul dan saling bermaaf-maafan sesama kita.

masa hari raya, dengan siapa kita boleh dan haram bersalam?

Namun begitu, agama masih membataskan pergaulan dengan bukan mahram, maka dengan itu adalah haram untuk kita bersentuhan atau bersalaman dengan mereka.

 

Meskipun menyantuni orang-orang tua amat dituntut, namun hukum agama tetap menjadi keutamaan.

 

Siapakah yang bergelar Bukan Mahram yang kita TIDAK BOLEH bersalaman:

 

A) Jika kita seorang Lelaki:

1. Isteri kepada adik beradik bapa

2. Isteri kepada adik beradik emak

3. Adik beradik perempuan bapa mertua

4. Adik beradik perempuan emak mertua

5. Anak perempuan adik beradik isteri

6. Kakak Ipar

7. Adik Ipar perempuan

8. Sepupu perempuan

9. Sepupu Ayah (perempuan)

10. Sepupu Emak (perempuan)

masa hari raya, dengan siapa kita boleh dan haram bersalam?

 

B) Jika kita seorang perempuan:

1. Suami kepada adik beradik bapa

2. Suami kepada adik beradik emak

3. Adik beradik lelaki bapa mertua

4. Adik beradik lelaki emak mertua

5. Anak lelaki adik beradik suami

6. Abang Ipar

7. Adik Ipar Lelaki

8. Sepupu Lelaki

9. Sepupu Ayah (lelaki)

10. Sepupu Emak (lelaki)

masa hari raya, dengan siapa kita boleh dan haram bersalam?

Selamat beramal dan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

 

Sumber: [1], MFR Studio