Pernahkan anda berhadapan dengan pemandu yang selamba memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan, ketika anda sedang sabar beratur dalam kesesakan lalu lintas?
Hari raya ini, sudah pasti beberapa jalan utama akan mengalami kesesakan dan rata-rata pemandu ingin cepat sampai ke destinasi di tuju hinggakan ada yang sanggup mementingkan diri sendiri.
Umum sedia maklum bahawa aplikasi MyJPJ menjadi hub buat pengguna untuk menyemak maklumat lesen pemanduan, saman-saman yang diterima, dan sebagainya.
Malah, salah satu ciri menarik yang menjadi perhatian ramai adalah e-Aduan di mana salah laku pengguna jalan raya boleh dilaporkan menerusi aplikasi MyJPJ.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Log masuk ke aplikasi MyJPJ.
Pada bahagian menu utama, skrol ke bawah dan pilih e-Aduan@JPJ di bawah Perkhidmatan Umum.
Pilih aduan yang berkaitan dalam Senarai Aduan. Setakat ini, terdapat sembilan kategori aduan yang boleh dilakukan yang merangkumi gagal mematuhi lampu isyarat, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dan sebagainya.
Isi butiran aduan yang diperlukan termasuklah gambar atau video mahupun pautan video, tarikh dan masa kejadian, nombor kenderaan, nombor telefon, negeri dan keterangan ringkas berkenaan aduan yang dibuat.
Selepas selesai mengisi butiran yang diperlukan dan tekan Hantar. Anda juga boleh menyimpan draf aduan jika perlu dan dihantar kemudian apabila sudah diisi lengkap.
Mudah sahaja, bukan?
Ikuti tutorial di atas sekiranya anda terlihat pengguna jalan raya yang melanggar etika memandu ataupun memandu secara merbahaya.
Berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang tersayang!