Asal Dari Johor, Ini Asal Usul Baju Melayu Cekak Musang Yang Tak Ramai Orang Tahu

Tibanya sambutan Aidilfitri, baju Teluk Belanga dan Cekak Musang sering menjadi pilihan ramai.

asal dari johor, ini asal usul baju melayu cekak musang yang tak ramai orang tahu

Namun tahukah anda dari mana asal usulnya baju Melayu jenis ini?

 

Memetik laporan daripada sebuah portal, kedua-dua baju ini sangat popular khususnya di negeri Johor dan Kepulauan Riau.

 

# Asal Usul Baju Melayu Cekak Musang

asal dari johor, ini asal usul baju melayu cekak musang yang tak ramai orang tahu

Ia merupakan satu corak baju Melayu yang disebut sebagai ‘baju Wan’ sempena nama seorang penduduk Teluk Belanga iaitu Haji Wan Othman.

 

Dikatakan pada suatu hari, Haji Wan Othman mengenakan baju Cekak Musang ketika menghadap raja. Sejurus melihat keindahan baju itu yang diiringi dengan beberapa butang yang diperbuat daripada emas dan permata, raja ketika itu terus jatuh hati dengan baju itu.

 

Maka sejak dari itu, baju Cekak Musang sering menjadi pakaian bagi anak-anak raja dan orang-orang besar dalam istiadat istana di Johor, hinggakan ia terus meluas hingga ke negeri-negeri lain juga.

 

Berikut adalah perbezaan antara baju melayu cekak musang, baju melayu teluk belanga dan baju melayu kolar tunku:

asal dari johor, ini asal usul baju melayu cekak musang yang tak ramai orang tahu

Sumber: Jantung Melayu / Facebook Omar Ali