Kabus Tebal Punca Lebih 200 Kenderaan Hentam Satu Sama Lain [Video]

Akibat kabus tebal yang menghadkan pandangan, lebih 200 kenderaan telah mengalami kemalangan dan menghentam satu sama lain.

kabus tebal punca lebih 200 kenderaan hentam satu sama lain [video]

Kejadian berlaku di atas jambatan di bandar Zhengzhou dekat Henan, China selepas kabus tebal melanda kawasan berkenaan lalu menyebakan jarak penglihatan terhad.

 

Menerusi gambar dan video yang tular di media sosial, kelihatan kereta dan lori remuk serta saling bertindih antara satu sama lain di atas Jambatan Zhengxin Huanghe. Malah, ada kereta yang kelihatan terhimpit di tengah longgokan kenderaan berkenaan, dan menyebabkan seorang maut.

kabus tebal punca lebih 200 kenderaan hentam satu sama lain [video]

Menurut media tempatan, sebanyak 11 jentera dengan kekuatan 66 anggota Bomba dihantar ke lokasi bagi membantu mangsa cedera dan terperangkap dalam kenderaan mereka.

Ujar Jabatan Meteorologi, jarak penglihatan di kawasan itu kurang 500 meter pada pagi Rabu dan turun ke 200 meter sahaja pada masa-masa tertentu.

 

Jabatan itu dibina bagi menyeberangi sungai Yellow River dan kini ditutup sementara oleh pihak polis daripada sebarang lalu lintas.

 

Sumber: CNN