20,000 Pelancong Asing Dilaporkan Dah Tempah Hotel Di Bali Menjelang November

Lebih daripada 20,000 pelancong asing dilaporkan telah menempah bilik hotel di Bali untuk bulan November sekaligus memberi harapan terhadap industri pelancongan yang berkembang kembali di pulau itu.

20,000 pelancong asing dilaporkan dah tempah hotel di bali menjelang november

Menurut Gabenor Wayan Koster, kebanyakan daripada pelancong tersebut adalah dari negara-negara Eropah.

Antara syarat wajib yang dikenakan ke atas para pelancong yang ingin melawat pulau itu termasuklah mereka perlu lengkap dua dos vaksin dan terdiri daripada negara yang memenuhi syarat Indonesia untuk dibenarkan kemasukan ke Bali ketika fasa pembukaan semula antarabangsa pada ketika ini.

Selain itu, mereka juga diperlukan menjalani kuarantin selama lima hari selepas ketibaan mereka.

 

Sumber: [1]