Zaman sekarang ni sekejap je nak viralkan sesuatu perkara, kan.
Upload je kat media sosial, settle!
Tapi terpulang la dekat kita macam mana nak gunakan kuasa viral tu ke arah kebaikan atau keburukan.
Terbaru, ada satu video viral, 2 pemuda ‘berlakon’ jadi OKU semata-mata nak dapatkan parking kat pusat beli-belah.
Tertanya-tanya juga apa perasaan dorang lepas upload video tu kat Tik Tok. Rasa bangga ke sebab persendakan golongan OKU? Seronok?
Ramai yang kecam tindakan 2 pemuda ni termasuk Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Beliau gesa pemuda tersebut mohon maaf terhadap komuniti OKU kerana telah mempersendakan mereka dan salah gunakan kemudahan khas untuk golongan OKU.
Tak lama lepas gesaan tu dibuat, salah seorang pemuda dalam video tu tampil mohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan.
Katanya, video tu bertujuan nak beri kesedaran kepada masyarakat supaya jangan salah guna kemudahan OKU, tapi video tu tak sempat dihabiskan.
Benda dah viral, tak boleh nak buat apa lah kan.
Lain kali tolong jadikan ini sebagai satu pengajaran.
Sebelum nak upload apa-apa video atau gambar di media sosial, tolong pastikan content kita tak menyentuh isu sensitif seperti agama, bangsa dan keadaan fizikal orang lain.
Gunakan media sosial dengan sebaik mungkin, okay!