19 Kawasan di Malaysia Ini Rekod Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga Pada Rabu

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan pertambahan beberapa lagi kawasan di Malaysia pada tahap berjaga-jaga, pada Rabu, 28 Feb.

 

Menurut MET Malaysia, sebanyak 17 kawasan di Semenanjung berada Tahap 1 iaitu Perlis, Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang dan Yan di Kedah, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Laut dan Barat daya Pulau Pinang, Kuala Kangsar, Kerian dan Larut Matang di Perak dan Sepang di Selangor.

19 kawasan di malaysia ini rekod cuaca panas tahap berjaga-jaga pada rabu

Manakala 2 kawasan di Sabah dan Sarawak turut merekodkan bacaan cuaca panas Tahap 1 iaitu di Beufort (Sabah) dan Limbang (Sarawak).

19 kawasan di malaysia ini rekod cuaca panas tahap berjaga-jaga pada rabu

Tahap 1 berjaga-jaga adalah keadaan dimana suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

 

Manakala kawasan Pokok Sena di Kedah masih merekodkan bacaan suhu tertinggi pada Tahap 2 (Gelombang Haba).

 

Sumber: MET Malaysia