160,095 Akaun Bank, Nombor Telefon ‘Scammer’ Kini Dalam Data Polis Bukit Aman. Ini Cara Nak Check

Sebanyak 160,095 nombor akaun dan nombor telefon yang berkaitan dengan penipuan scammer telah tersenarai dalam data Sistem Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

160,095 akaun bank, nombor telefon ‘scammer’ kini dalam data polis bukit aman. ini cara nak check

Menurut Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, sejak sistem berkenaan dibangunkan pada 2018, portal SemakMule PDRM telah membantu ramai menyemak nombor akaun dan nombor telefon yang diragui, dengan sebanyak 21 juta jumlah carian.

 

"Daripada jumlah carian itu, sejumlah 1.5 juta pengguna percaya carian telah memberikan jawapan positif dan JSJK percaya, maklum balas berkenaan telah membantu pengguna dan menyelamatkan wang mereka daripada dipindahkan ke akaun 'scammer'.

"Masyarakat dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan ini untuk mengelak kerugian wang ringgit mereka," katanya.

 

Orang ramai dinasihat supaya mengunakan Semak Mule sebelum meneruskan transaksi pembayaran atau sebarang perhubungan bagi mengelakkan menjadi mangsa kepada sindiket penipuan.

160,095 akaun bank, nombor telefon ‘scammer’ kini dalam data polis bukit aman. ini cara nak check

Semak Mule adalah portal atau aplikasi yang membolehkan orang ramai membuat semakan akaun bank dan nombor telefon yang pernah digunakan dalam kes-kes jenayah komersil.

 

Orang ramai boleh membuat semakan dengan melayari portal, https://semakmule.rmp.gov.my atau memuat turun aplikasi Semak Mule CCID melalui Google Play.

 

Sumber: Astro AWANI