12 Konsesi Lebuh Raya Setuju Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka Mulai September Ini

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah mengumumkan bahawa 12 syarikat konsesi lebuh raya telah bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka yang akan dilaksanakan pada bulan September ini.

12 konsesi lebuh raya setuju laksana sistem pembayaran tol terbuka mulai september ini

Antara syarikat yang terlibat adalah:

• Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE)

• Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP)

• Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)

• Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

• Terowong SMART

• Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX).

• Lebuhraya Sungai Besi

• Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

• Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)

• Lebuhraya Koridor Guthrie

• Jambatan Pulau Pinang

• Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)

 

Menteri berkata bahawa terdapat lagi syarikat yang sedang menjalani rundingan dan berharap agar lebih banyak syarikat tampil untuk mengambil bahagian.

12 konsesi lebuh raya setuju laksana sistem pembayaran tol terbuka mulai september ini

Beliau juga menjelaskan bahawa perbincangan dengan syarikat konsesi mengambil masa yang lama kerana perlu meneliti risiko keselamatan yang akan ditanggung oleh pengguna kad kredit atau debit untuk pembayaran tol. Mereka ingin memastikan bahawa semua isu keselamatan telah ditangani dengan baik dan mereka tidak mahu tergesa-gesa dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini.

 

Sistem pembayaran tol terbuka yang akan diperkenalkan pada pertengahan September ini adalah inisiatif kerajaan untuk memberikan pilihan cara pembayaran tol kepada pengguna selain daripada menggalakkan kaedah pembayaran secara Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), kad Touch n Go dan SmartTag.

12 konsesi lebuh raya setuju laksana sistem pembayaran tol terbuka mulai september ini

Selain itu, kerajaan juga sedang berusaha untuk menaik taraf beberapa laluan lebuh raya, termasuk melebarkan laluan Lebuhraya Pasir Gudang dan Sedenak, Johor yang memerlukan peruntukan sebanyak RM525 juta. Kerja-kerja awal menaik taraf telah dilakukan dan ia akan diserahkan kepada PLUS untuk melaksanakan sepenuhnya selepas peruntukan tersebut diluluskan di bawah Belanjawan 2023.

 

Sumber: Astro AWANI