Cantik tarikh hari ni, 11.11.2020.
Ramai agaknya yang masih sibuk shopping kat alam maya dan alam nyata. Takpelah shoppinglah. Ada lagi beberapa jam ni. Sempat lagi kot sambar phone idaman. Paling kurang baucer aiskrim. Boleh jana ekonomi negara & dunia. Ha gituh!
Dalam ‘kesibukan’ ni untuk makluman semua musim tengkujuh punnn bermula hari ni dan dijangka tamat Mac depan.
Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam tempoh ni akan ada 4 hingga 6 episod hujan lebat.
Antaranya masa fasa awal monsun iaitu dari bulan ni sampailah bulan depan kat Pantai Timur.
Mulai Januari pulak, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu masih lagi kat Pahang dan jugak Johor, Sabah serta Sarawak.
Bila dah musim tengkujuh ni semua pun tahu kan risiko banjir, jadi berhati-hatilah semua.
Ditambah pulak dalam keadaan pandemik COVID-19 dan PKPB ni jadi memang kena ‘ekstra jaga-jaga’.
Oh ya, ni saje je nak share kot belum tau. Tarikh ‘11.11’ ni kalau kat China ada sambutan Single Day. Semoga yang single-minggle bertabahlah. Kita kuat. Eh! Hehehe.
Kat Korea Selatan pulak, hari ni digelar Pepero Day. Hadiahnya dah tentu Pepero! Tau kan bentuknya macam mana? Macam seketul angka 1 dengan harapan yang bagi dan dapat tu sentiasa kurus dan tinggi. Macam-macam…
Haish…hujan-hujan ni laporlah pulak. Tetiba rasa nak makan Pepero 😊
Jaga diri semua.
Oleh: KJ
Sumber & foto: BERNAMA, Jabatan Meteorologi Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian, Shopee, koreabizwire, hashtaglegend.com, internet & wikipedia, Business Standard