1,000 Aduan Jalan Rosak Diterima Sejak MYJalan Dilancarkan

Sejak aplikasi MYJalan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Ogos lalu, Kementerian Kerja Raya (KKR) sudah menerima sebanyak 1,000 aduan daripada orang ramai berhubung jalan rosak.

orang ramai kini boleh buat aduan jalan rosak guna aplikasi myjalan

Baca: Orang Ramai Kini Boleh Buat Aduan Jalan Rosak Guna Aplikasi MYJalan

 

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, aplikasi aduan berkaitan jalan rosak itu mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai, namun sebahagian besar daripada aduan yang diterima bukan dibawah penyelenggaraan KKR.

 

"KKR tetap membantu menyalurkan aduan tersebut ke pemilik jalan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), negeri dan jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa yang dibina di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah)," katanya.

orang ramai kini boleh buat aduan jalan rosak guna aplikasi myjalan

Beliau juga tidak menafikan ramai pihak menuding jari kepada JKR apabila wujudnya kerosakan jalan raya seperti kontraktor menebuk jalan bagi membaiki kerosakan paip, sedangkan ia berlaku pada jalan yang bukan milik atau selenggaraan JKR.

 

"Jadi saya minta pihak terlibat segera membaiki jalan tersebut agar tidak menyusahkan atau membahayakan pengguna jalan raya," katanya.

 

Sumber: Astro AWANI