1000 Jemaah Haji Sahaja Dibenarkan Tahun Ini, Kerajaan Malaysia Tidak Hantar Jemaah

1000 jemaah haji sahaja dibenarkan tahun, kerajaan malaysia tidak hantar jemaah

Penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menjejaskan ekonomi, pelancongan dan aktiviti-aktiviti lain. Malah, pandemik ini juga menyebabkan aktiviti ibadah turut terjejas seperti ibadah haji.

Arab Saudi telah mengambil keputusan di mana hanya 1000 jemaah sedia ada di negara tersebut sahaja dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah apabila Arab Saudi tidak menerima kemasukan jemaah haji dari luar Arab Saudi.

Tahun lepas, 2.5 juta jemaah telah menunaikan ibadah haji. Tetapi, tahun ini jumlah itu menurun mendadak. Malah, mereka akan melakukan proses pemilihan jemaah untuk musim haji tahun ini.

"Ia akan membabitkan kira-kira 1,000 jemaah, mungkin kurang, mungkin lebih sedikit.

"Bilangannya tidak akan menjadi puluhan atau ratusan ribu jemaah tahun ini," kata Menteri Haji, Mohammad Benten, kepada pemberita di sini.

Berdasarkan kerajaan Arab Saudi, ibadat rukun Islam kelima ini masih dibuka kepada warganegara lain. Tetapi, mereka ini memang sedia ada dan berada di negara tersebut.

Berdasarkan Menteri Kesihatan Arab Saudi pula, ibadah haji tahun ini hanya untu mereka yang berumur 65 tahun ke bawa dan tiada sebarang penyakit kronik.

Kerajaan Malaysia pula mengambil keputusan untuk tidak menghantar jemaah haji tahun ini. Malah, beberapa negara lain juga mengambil keputusan yang sama bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Sumber: Bangkok Post