100 Pegawai CIA Hidap Sindrom Havana, Punca Belum Diketahui

Seramai 100 pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, termasuk ahli keluarga mereka telah diserang sindrom Havana.

100 pegawai cia hidap sindrom havana, punca belum diketahui

Menurut pengarah CIA, William Burns berkata mangsa yang terlibat antara 200 pegawai AS yang dilanda sindrom itu termasuk mengalami gejala migrain dan pening kepala.

 

Agensinya akan mengenalpasti punca sindrom tersebut dan juga pihak yang bertanggungjawab.

100 pegawai cia hidap sindrom havana, punca belum diketahui

Sindrom Havana dengan simptom pening kepala, loya, migrain dan hilang ingatan dilaporkan pertama kali berlaku oleh pihak berkuasa AS di Kedutaan Cuba pada tahun 2016.

 

Antara teori awal yang boleh mengaitkan sindrom itu dengan pegawai serta ahli keluarga yang terlibat adalah pancaran ‘tenaga terarah’ dalam bentuk gelombang dengan sengaja oleh pihak Rusia.

 

“Ada kemungkinan yang sangat kuat sindrom ini disebabkan secara sengaja dan Rusia bertanggungjawab terhadap masalah itu,” katanya.

 

Bagaimanapun, pihak CIA masih menunggu keputusan siasatan lanjut, meskipun Moscow terlebih dahulu menafikan terlibat dengan insiden yang dilaporkan sudah merebak itu.

 

Sumber: Utusan