100 Emoji Baru Untuk Android 11 Akan Tiba Tak Lama Lagi

100 emoji baru untuk android 11 akan tiba tak lama lagi

Semenjak ada emoji ni, pesanan yang nak disampaikan pun tak lah bosan sangat, kan? Kadang-kadang emoji yang dihantar memberi lebih makna dan menunjukkan ekspresi sebenar.

Tak lama lagi, menurut portal teknologi Android Authority, lebih 100 emoji akan hadir pada peranti Android 11. Perkara tersebut didedahkan Google sendiri dan emoji-emoji ini akan lebih segar dan nampak baru.

Bagi emoji yang baru ini, developer memfokuskan kepada empati, kesaksamaan dan budaya dari seluruh dunia. Korang akan dapat emoji perempuan memakai tuxedo, ekspresi orang sedang memeluk dan seseorang sedang memberi makanan kepada.

Untuk siri kebudayaan pula, korang akan menerima emoji boba tea (wow!), tamale (sejenis makanan) dan macam-macam lagi. Tapi yang lagi best adalah emoji jantung sebenar dan penambahan beberapa emoji haiwan baru.

Sumber: andoroidauthority.com