Hari lebaran kini menjelang tiba. Meskipun begitu, sambutan hari raya kali ini adalah berbeza disebabkan wujudnya pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Untuk memastikan sambutan hari raya diraikan dengan penuh sederhana dan mengurangkan risiko penularan virus COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi MyHealthKKM telah menggariskan 10 nasihat umum kepada orang ramai:
- Digalakkan untuk mengadakan sambutan secara maya
- Jika berkumpul secara fizikal, hadkan bilangan orang yang hadir
- Jangan hadir atau berkumpul dengan ahli keluarga jika berasa tidak sihat
- Hadkan tempoh masa berkumpul
- Buka tingkap dan pintu untuk pengudaraan yang baik
- Elakkan sembang dekat, sembang kuat, menjerit dan menyanyi
- Sentiasa memakai pelitup muka dan hanya tanggalkan ketika waktu makan
- Jangan berkongsi perkakas makan dan minum
- Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut
- Jaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
Marilah kita sama-sama memutuskan rantaian COVID-19!
Sumber: myHealth