Korang rasa apa haiwan yang paling banyak membunuh manusia? Mesti ramai yang akan terfikir haiwan pemangsa macam buas kerana dengan hanya satu terkaman sahaja boleh meragut nyawa kita kan?
Jika itu apa yang korang fikir, ternyata ianya salah. Ini kami kongsikan 10 senarai haiwan yang paling banyak membunuh.
#1 Badak Sumbu - 500 Kematian per Tahun
Badak sumbu dianggap haiwan yang paling banyak membunuh di Afrika, kerana sikapnya yang terlalu agresif terhadap manusia terutama para nelayan yang menaiki perahu.
#2 Cacing Pita - 700 Kematian per Tahun
Cacing pita bertanggung jawab untuk infeksi yang disebut cysticerosis yang membunuh sekitar 700 orang per tahun.
#3 Buaya - 1000 Kematian per Tahun
Buaya dianggap haiwan yang banyak membunuh manusia terutama di Afrika.
#4 Cacing Gelang - 4500 per Tahun
Dipetik dalam jurnal PLOS, cacing gelang merupakan punca kepada jangkitan aschariasis yang membunuh sekitar 4.500 orang per tahun. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mencatat jangkitan ini banyak terjadi pada usu kecil manusia terutamanya kanak - kanak.
#5 Lalat Tsetse (Glossina) - 10,000 Kematian per Tahun
Infeksi daripada lalat ini menyebabkan sakit kepala, demam, sakit sendi dan gatal sehingga menyebabkan masalah neurologis yang sangat serius.
#6 Assasin Bug - 12,000 Kematian per Tahun
Menyebakan penyakit cagas yang menyebabkan kematian manusia. Penyakit ini perupakan jangkitan parasit apabila serangga mengigit wajah seseorang.
#7 Siput Air Tawar - 20,000 Kematian per Tahun
Siput air tawar membawa cacing parasit yang disebut schistosomiasis. Penyakit ini menyebabkan rasa sakit perut yang berkelanjutan dan keluarnya darah di kotoran atau air kencing.
#8 Anjing - 35,000 Kematian per Tahun
Membawa jangkitan virus rabies dan menyebabkan kematian paling banyak di dunia
#9 Ular - 100,000 Kematian per Tahun
Gigitan ular membunuh lebih dari 100 ribu orang pada tahun 2015.
#10 Nyamuk - 750,000 per Tahun
Nyamuk menyebabkan kematian tertinggi kerana penyebaran virus dari badan kecilnya antarannya malaria dan denggi.