10 Bandar Paling Mesra Di Dunia, Kuala Lumpur Di Tangga Yang Kedua

Kuala Lumpur dinobatkan sebagai bandar kedua paling mesra di dunia selepas Vancouver, Kanada.

10 bandar paling mesra di dunia, kuala lumpur di tangga yang kedua

Pemilihan ini dilakukan berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Big Seven Travel.

Sikap orang Malaysia yang mesra dan mudah bertegur sapa dengan orang yang tidak dikenali serta pelancong menjadi sebab utama Kuala Lumpur dipilih.

Jadi tak peliklah kenapa pelancong menjadikan Kuala Lumpur, Malaysia sebagai lokasi pilihankan?

Berikut merupakan kedudukan 10 bandar paling mesra di dunia:

1. Vancouvar, Kanada

2. Kuala Lumpur, Malaysia

3. Bruges, Belgium

4. Taipei, Taiwan

5. Hamburg, Jerman

6. Dublin, Ireland

7. Christchurch, New Zealand

8. Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat

9. Sao Paulo, Brazil

10. Glasgow, Scotland

Singapura pula sekadar berada di tempat ke-24.