Permulaan puasa dikebanyakkan negara Asia Tenggara dan Arab Saudi tahun ini dapat dilaksanakan serentak bersama-sama pada 23 Mac.
Disebabkan itu, Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), Abdullah Jaidi meluahkan rasa syukur kerana Indonesia dapat berpuasa serentak pada tarikh yang sama bersama negara-negara lain.
Bagaimanapun ujarnya, penentuan 1 Syawal 1444 Hijrah di Indonesia mungkin berbeza atau tidak jatuh pada tarikh yang sama dengan negara lain.
“Alhamdulillah, tahun ini kita berpuasa serentak pada 23 Mac. Tetapi perbezaan berkemungkinan berlaku pada 1 Syawal. Semoga perbedaan ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.
Ini adalah kerana pada waktu matahari terbenam 20 April 2023, kedudukan bulan di Indonesa tidak memenuhi kriteria baharu Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura (MABIMS) iaitu ketinggian minimum 3 darjah dan pemanjangan 6.4 darjah.
Pun begitu, beliau berharap agar perkara itu tidak menimbulkan sebarang pertikaian selain saling hormat-menghormati antara kita sesama Islam.
Beliau turut menyeru agar masyarakat Islam terus meningkatkan ketakwaan ibadat dan sosial bukan sahaja dalam bulan Ramadan malah bulan yang lain juga.
Sumber: Utusan