1,212 Kes Positif Baharu Dilaporkan, 3 Kematian Baharu Dicatatkan

1,212 kes positif baharu dilaporkan, 3 kematian baharu dicatatkan

Angka kes potif COVID-19 terus melebihi angka 1000. Sehingga hari semalam, 30 November, terdapat 1,212 kes positif baharu. Secara keseluruhannya, sudah terdapat 65, 697 kes di Malaysia semenjak wabak ini mula tular.

Selain itu, kes sembuh terus melebihi 2000 kes.  Sehingga semalam, terdapat 2112 kes sembuh didaftarkan di Malaysia. Terima kasih kepada petugas KKM yang bertungkus lumus menjaga kesihatan orang awam.

Bagaimanapun, terdapat tiga kematian baharu dicatatkan. Secara keseluruhannya sudah terdapat 360 kes kematian di Malaysia semenjak wabak COVID-19 ini mula melanda.

Sumber: Instagram KKM