Hanya Minum Air Mata, Lebah Ditemui Dalam Mata Seorang Gadis

 

hanya minum air mata, lebah ditemui dalam mata seorang gadis

Lebah antara serangga yang berbisa. Ada beberapa kes yang melibatkan kematian selepas serengga ini menyengat.

Satu kejadian di Taiwan telah mengejutkan ramai pihak. Seorang gadis berusia 29 tahun, He, telah mengadu sakit mata selama beberapa minggu dan air matanya sering sahaja mengalir.

Disebabkan tidak tahan, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor. Selepas membuat pemeriksaan, doktor yang merawatnya sangat terkejut apabila mendapati ada lebah dalam matanya.

“Saya nampak sesuatu seperti kaki serangga, jadi saya tariknya perlahan-lahan menggunakan mikroskop. Ia masih hidup! ”, kata Dr. Hung Chi-ting

Dikhabarkan, lebah tersebut boleh terus hidup di dalam mata gadis tersebut hanya dengan minum air matanya.

Dilaporkan lebah tersebut dari spesis Halictidae di mana ia tertarik kepada benda masin atau garam seperti air mata dan peluh.

Sumber: Siakap Keli

ARTIKEL BERKAITAN