Festival Sawah Padi Sekinchan, Seruan untuk Semua Pencinta Alam dan Budaya!

Terminal Sekinchan bakal kembali meriah dengan kehadiran Festival Sawah Padi Sekinchan yang dinanti-nantikan! Bertemakan suasana kampung yang penuh nostalgia, festival ini menjanjikan dua hari yang padat dengan pelbagai aktiviti menarik, sajian makanan tempatan yang menyelerakan, serta pengalaman unik di tengah-tengah kehijauan sawah padi.

Acara yang berlangsung dari 7:00 pagi hingga 7:00 malam ini dianjurkan oleh Tourism Selangor, dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Majlis Daerah Sabak Bernam, MBI Selangor, KPJ Healthcare, dan ramai lagi.

festival sawah padi sekinchan, seruan untuk semua pencinta alam dan budaya!

Antara aktiviti utama yang boleh dinikmati oleh pengunjung termasuk:

  • Saringan Kesihatan oleh KPJ
  •  Treasure Hunt Visit Selangor
  • Larian Sawah Padi Sekinchan – untuk para pencinta aktiviti sihat dan pemandangan indah
  •  Tour Trem Sekinchan & Beca EV – merasai Sekinchan dalam cara yang berbeza!
  • Festival Makanan & Pasar Palong – syurga buat ‘foodies’ dengan pelbagai juadah tempatan
  • Voluntourism Kelestarian Alam – program kerjasama bersama MOTAC Selangor untuk cintai alam sekitar

 

Festival ini bukan sahaja platform untuk berseronok, tetapi juga mengangkat warisan dan keunikan kehidupan kampung yang semakin dilupakan. Gabungan suasana sawah padi yang damai dan angin sepoi-sepoi menjadikan hujung minggu ini peluang terbaik untuk ‘recharge’ bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom meriahkan Festival Sawah Padi Sekinchan! Bawa kawan, keluarga – malah satu kampung pun dialu-alukan! 

  • Lokasi: Terminal Sekinchan, Sekinchan