Wanita Cedera Parah Diserang Jerung Ketika Sedang Berenang

 

wanita cedera parah diserang jerung ketika sedang berenang

Seorang wanita mengalami percutian yang mengerikan apabila dia menjadi mangsa serangan jerung ketika sedang bereang di kepualauan Moorea.

Mangsa berusia 35 tahun dan berasal dari Perancis itu menyertai satu lawatan melihat ikan paus, namun tiba-tiba jerung bermuncung putih muncul dan menggigit bahagian dada dan lengan wanita berkenaan.

Berdasarkan perkhidmatan kecemasan, wanita tersebut telah kehilangan kedua-dua belah tangannya dan sebahagian buah dadanya turut hilang.

Berdasarkan laporan stesen radio tempatan, Radio 1, serangan terbabit terjadi di hadapan ahli keluarga berkenaan termasuklah anak lelakinya yang berusia enam tahun.

 “Mangsa dibawa ke darat pada kadar segera, berhampiran Hotel Intercontinental di Moorea dan diberi rawatan awal oleh pasukan paramedik,” kata stesen itu.

Sumber: METRO