Wanita Jumpa Kotak Penuh Wang Tunai Berjumlah RM260 Ribu Di Rumah Sewa Baharunya

Seorang wanita di China bertindak mengembalikan semua wang tunai harta yang dijumpainya ketika membersihkan rumah sewa telah menarik perhatian orang ramai. 

Menurut laporan, wanita tersebut telah menemui sebuah kotak misteri yang disimpan pada dinding rumah sewa baharunya. 

Kotak itu berisi sejumlah wang tunai sebanyak  401,812 yuan (RM260,718) serta beberapa perhiasan emas seperti cincin dan gelang. 

“Pada hari kejadian, saya sedang membersihkan rumah yang baru disewa. Ketika membersihkannya, saya menemui sebuah kotak misteri.

“Apabila saya membukanya, di dalamnya ada wang tunai dan perhiasan. Saat itu, saya sangat keliru dan tidak tahu apa yang sedang berlaku,” kata wanita berkenaan. 

Terkejut dengan perkara tersebut, wanita itu terus bertindak menghubungi persatuan komuniti setempat untuk mencari pemilik harta itu.

Lebih menarik, wanita itu tidak ada niat untuk menyimpan wang tersebut malah mahu memulangkan kepada pemilik sebenarnya.

Bagaimanapun, pemilik harta tersebut dilaporkan telah meninggal dunia.

Sumber: Kosmo