Digilai Ramai Wanita, Wajah Pemuda Ini Mirip Cristiano Ronaldo

Nama Cristiano Ronaldo bukanlah asing dalam dunia bola sepak. Dengan wajah yang tampan, ia menjadi pelengkap kepadanya untuk digilai ramai peminat wanita seluruh dunia.

 

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang pemuda dari Aceh yang dikatakan mempunyai wajah mirip bintang Manchester United itu.

digilai ramai wanita, wajah pemuda ini mirip cristiano ronaldo

Agus Habibi, 22, mendapat perhatian ramai selepas klip video memaparkan dirinya sedang tersenyum dimuatnaik rakannya menerusi laman Tiktok.

 

Dalam klip berkenaan, kelihatan Agus baru sahaja memasuki masjid untuk melaungkan azan dan sempat melemparkan senyuman kepada rakannya yang sedang membuat rakaman.

 

“Kamu lihat Ronaldo di masjid untuk melaungkan azan,” tulis kapsyen video yang tular itu.

digilai ramai wanita, wajah pemuda ini mirip cristiano ronaldo

Rata-rata penonton yang melihat video tersebut setuju yang raut wajah lelaki tersebut saling tak tumpah bagaikan bintang bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo.

 

Difahamkan juga, Agus merupakan seorang penjaga masjid di Jambi, Indonesia.

 

Sumber: [1]