Sejenis tumbuhan wangi baharu telah ditemui pasukan penyelidik dari Universiti Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.
Diklasifikasikan sebagai antara tumbuhan yang paling jarang ditemui dan berisiko untuk pupus di seluruh dunia, saintis kemudian sepakat untuk memberikan ia nama sebagai ‘Bunga Lalisa’.
Nama itu diberikan sebagai penghormatan kepada anggota kumpulan BLACKPINK, Lalisa Manobal yang telah memberi inspirasi kepada kumpulan saintis berkenaan.
The Bangkok Post melaporkan bahawa penyelidikan itu disokong oleh Pejabat Penyelidikan dan Inovasi Sains Thailand dan Kementerian Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi. Projek saintifik itu bertujuan untuk mengkaji tumbuhan yang jarang ditemui dan tidak diketahui dalam keluarga Annonaceae, taksonomi dan evolusinya. Tujuannya adalah untuk pemuliharaan spesies tumbuh-tumbuhan.
Menurut saintis, nama saintifik tumbuhan itu adalah Friesodielsia Lalisae Damth., Baka & Chaowasku.
Sumber: Nation Thailand