Seniman Filipina Cipta Karya Seni Pakai Bangkai Lipas

Kebanyakan daripada kita pastinya akan berasa kecut perut apabila melihat lipas terbang.

seniman filipina cipta karya seni pakai bangkai lipas

Tetapi lain pula bagi pelukis kelahiran Filipina, Brenda Delgado yang mana dia menggunakan sayap serangga tersebut untuk dijadikan medium lukisannya kerana menurutnya, ia berkilat dan licin.

Delgado yang berusia 30 tahun pernah melukis semula karya Van Gogh atau Vermeer iaitu “Starry Night” hasil karya Van Gogh dan “Girl with a Pearl Earring” hasil karya Vermeer pada permukaan kecil sayap serangga itu dengan menggunakan cat minyak sehingga menarik perhatian perhatian ramai pengguna media sosial.

Delgado dikatakan mendapat idea untuk melukis pada lipas selepas dia menemui serangga mati di tempat kerjanya, lapor Oddity Central.


Sumber: [1]